TABUNG DANA PEMBANGUNAN PASTI AL-HIKMAH
LATAR BELAKANG
PASTI Al-Hikmah telah ditubuhkan pada 1 Januari 2017. Bilangan murid pada masa ini ialah seramai 50 orang. Dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 3 orang dan dibantu oleh seorang pembantu.
PASTI Al-Hikmah berada di Sungai Choh, Rawang.
Alamat: PT 2039, Jalan Sungai Choh, Kampung Tradisi Sungai Choh, 48000 Rawang, Selangor.
TERPAKSA BERPINDAH
Sesuatu yang menyedihkan berlaku apabila PASTI Al-Hikmah terpaksa berpindah ke bangunan baharu ketika takwim persekolahan masih berlangsung pada Mac tahun ini disebabkan pemilik bangunan memberi Notis Segera untuk mengambil alih kembali bangunan.
Oleh itu, pihak PASTI terpaksa mencari bangunan baharu yang sesuai iaitu sebuah rumah usang yang sudah lama ditinggalkan.
Lebih menyedihkan lagi sejurus saja berpindah pada Mac lepas, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Untuk berpindah ke bangunan baharu menyebabkan banyak kos yang diperlukan terutamanya kerana bangunan tersebut sudah usang akibat sudah lama ditinggalkan. Ada beberapa pihak yang sudi meminjamkan atau mendahulukan wang mereka bagi tujuan membaikpulih bangunan berkenaan dan wang itu perlu dikembali atau digantikan semula.
Berikut adalah perbelanjaan untuk membaiki bangunan tersebut:
| BIL | JENIS PERBELANJAAN | ANGGARAN KOS |
| 1. | Baiki Tandas | RM1750 |
| 2. | Cat Dinding dan Syiling dalam termasuk Upah | RM1500 |
| 3. | Baiki Dinding dalam yang rosak | RM1600 |
| 4. | Pintu | RM200 |
| 5. | Cat Dinding Luar termasuk Upah | RM1650 |
| 6. | Ganti Cermin Tingkap | RM100 |
| 7. | Ganti Sistem Perpaipan air yang rosak | RM600 |
| 8. | Baiki atap Bocor | RM250 |
| 9. | Mesin Rumput Pembersihan Luar | RM300 |
| 10. | Pendawaian Elektrik | RM1200 |
| TOTAL | RM9150 |

Bagaimana untuk menyumbang?
Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan sumbangan membantu kami membiayai kerja-kerja membaikpulih bangunan PASTI Al-Hikmah ini, pihak kami telah menyusun pakej sumbangan seperti berikut:
- PAKEJ A : Sumbangan Dana Pembangunan PASTI Al-Hikmah - RM100
- PAKEJ B : Sumbangan Dana Pembangunan PASTI Al-Hikmah - RM50
- PAKEJ C : Sumbangan Dana Pembangunan PASTI Al-Hikmah - RM30
- PAKEJ D : Sumbangan Dana Pembangunan PASTI Al-Hikmah - RM20
Semoga sumbangan tuan/puan untuk kemudahan pendidikan murid-murid PASTI Al-Hikmah ini diganjari dengan saham pahala yang berpanjangan, kelapangan pintu rezeki dan kesihatan yang baik dari Allah SWT.
Untuk Sumbangan Secara Terus Boleh Bank Transfer / CD - Online Transfer/CDM Melalui Akaun Di Bawah
Bank : MAYBANK
Nama : PASTI AL-HIKMAH
No Akaun : 5629 9102 0337
Letakkan Reference/Remark : " BAIKPULIH PASTI" untuk mudah kami semak transaksi sumbangan
Untuk maklumat lanjut berkaitan TABUNG DANA PEMBANGUNAN PASTI AL-HIKMAH, boleh hubungi,
EN AZRI : 017-651 9315
"PASTI CEMERLANG, ISLAM GEMILANG"
Pemberitahuan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD selepas pembayaran dibuat. Toyyibpay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.